Home » » Tip Penjagaan kereta

Tip Penjagaan kereta


Tip Penjagaan Kereta: Jangan basuh enjin kereta guna air

KITA pasti seronok dan selesa apabila melihat kereta bersih, berkilat dan bahagian enjin pula tidak comot.
Jangan menggunakan air ketika membersihkan enjin kerana pada ­permukaannya terdapat banyak kesan minyak yang tidak boleh ditanggalkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah bagi menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.

Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain.

Endapan itu dapat ­dihilangkan dengan mudah tetapi hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Jika menyedari ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.

Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir pula menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi ­jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.

Membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.

Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak.

Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.

Penggunaan kain kering boleh menyebabkan calar atau gurisan pada ­permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.

Selepas dibasuh, ­keringkan badan kereta ­dengan kain bersih. Bagi ­hasil yang lebih baik ­selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax ­melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

0 ulasan:

Catat Ulasan


TERBARU! Perolehi US Dollar pada Setiap Minggu & Wang Tunai dalam gandaan RM50 & RM100 pada Setiap Hari, terus ke akaun bank anda. Sila kunjungi :
http://zapit.nu/TeknikMenjanaPendapatan


 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Wan Dmax - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger