• RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

Popular Posts

Proton
Produa
Naza

Ads

Jumlah Paparan

Facebook

Pengikut

Pelawat

Thumbnail Recent Post

Iklan

Baju Bundle
125 x 125

Kategori

For SALE | Untuk DIJUAL

Senarai Blog Saya

Isuzu Dmax

Isuzu Dmax, for enquiry please contact Wan at 0127387056, We are located at Batu Pahat, Johor, Malaysia

Keseronokan selepas 5,000rpm


WAJAH sedan terkini Proton yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.


SUDAH lebih seminggu model terbaharu Proton, Prevé dilancarkan ke pasaran tempatan. Soalan yang saya terima daripada rakan-rakan juga semakin banyak. Ada yang tidak sabar untuk mencuba. Malah tidak kurang juga yang masih ragu-ragu sama ada patut atau tidak untuk memilikinya.
Impak Prevé nyata lebih besar berbanding model-model keluaran Proton sebelum ini. Senario itu banyak disumbang oleh kempen media rasmi dan tidak rasmi sejak model itu masih menggunakan kod P3-21A lagi.
Apa pun, sedan itu memang layak menerima semua perhatian tersebut. Sebabnya, Prevé mewakili era baharu produk Proton yang didakwa sudah sedia untuk meneroka pasaran lebih besar. Jadi, sudah tentulah ramai yang tidak sabar-sabar hendak tahu sebagus manakah Prevé.
Saya mengikuti program pandu uji Prevé ke Kuantan, Pahang pada awal minggu ini. Tidak keterlaluan juga jika saya katakan bahawa sesi tersebut mengubah persepsi ramai peserta program berkenaan terhadap model global pertama Proton itu.
Sebagaimana yang dapat dilihat dengan jelas, Prevé menampilkan arah tuju atau gaya rekaan baharu produk Proton. Walaupun ada yang menyatakan rekaan itu selamat dan ketinggalan zaman, ramai juga berpendapat bahawa ia kelihatan segar, maskulin serta mampu menarik perhatian.
Secara asasnya, kami berpeluang memandu uji Prevé selama dua hari. Hari pertama jaraknya lebih pendek dan lebih fokus kepada usaha merakam gambar terbaik serta menepati tema pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh Proton. Sementara hari kedua pula, kami memandu pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur melalui jalan-jalan kampung dan lebuh raya.
Fabrik tidak telus air
Dua varian Prevé iaitu 1.6 CFE Premium dan manual lima kelajuan tersedia untuk diuji. Untuk ruangan pandu uji kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman memandu model manual sahaja. Untuk pandu uji varian 1.6 CFE Premium, akan saya siarkan tidak lama lagi.
Secara jujurnya, memang ada ekspektasi tertentu yang diletakkan ketika memegang stereng Prevé 1.6 manual tersebut. Masuk sahaja di dalamnya, pemandu dan penumpang akan dapat melihat peralatan atau cirinya tidaklah semeriah apa yang ada pada model 1.6 CFE Premium.
Papan pemukanya nampak ringkas. Tidak banyak butang kawalan dan ruang itu seolah-olah dibazirkan. Mungkin lebih baik jika ruang kosong itu boleh menempatkan barang-barang seperti kad Touch n Go, Smart Tag atau telefon bimbit. Saya juga sukakan unit audio yang mudah dioperasi berbanding sistem yang ada pada model lebih mahal.

Enjin Campro IAFM yang mampu menjana kuasa sehingga 80kW.


Ramai yang mahukan tempat duduk dibalut dengan material kulit. Namun, bagi saya fabrik tidak telus air berwarna hitam itu sebenarnya sudah cukup bagus dan selesa untuk mengharung perjalanan yang jauh. Bagi penumpang belakang, mereka pasti berpuas hati dengan ruang kaki dan kepala yang luas.
Saya tidak ada isu dengan kualiti pemanduan dan pengendalian Prevé. Sedia maklum bahawa Proton mahir dalam bidang itu. Malah, kualitinya jauh lebih baik kalau hendak dibandingkan dengan model-model sekelasnya sama ada buatan Jepun mahupun Korea.
Kerangka kukuh yang dikenali sebagai RESS (Reinforced Safety Structure) itu bertindak sewajarnya. Dipadankan dengan sistem suspensi hadapan jenis topang MacPherson dan multi-link bersama bar penstabil, olengan tubuh adalah minimum, biarpun varian itu tidak dipasang dengan Electronic Stability Control (ESC) atau sebagainya. Melayan selekoh masih menyeronokkan walapun kadang-kala terasa maklum balas sterengnya kurang tepat.
Jika anda mengharapkan enjin 1.6 IAFM itu mampu memberikan kuasa setiap kali pedal minyak ditekan, anda mungkin kecewa. Enjin itu bukanlah terlalu berkuasa yang mampu menawarkan kuasa serta-merta.
Jadi, pemandu perlu rajin dan bijak untuk merasai tujahan kuasanya. Jarum rpm perlu berada takat 5,000rpm ke atas. Pada ketika itulah anda dapat merasai kuasa enjin Campro tersebut.
Ketika memotong, adakalanya timbul sedikit kebimbangan. Selain enjin itu perlu diperah, ada masanya gear pula sukar untuk dimasukkan. Terutama jika hendak menukar ke gear rendah, misalnya dari gear lima, ke gear empat dan tiga.
Proton nampaknya mendengar maklum balas daripada pengguna versi manual sebelum ini. Antara perubahan yang dibuat adalah tolakan gearnya lebih pendek. Pedal klacnya juga agak lembut dan tidak memenatkan jika terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Saya harus beri pujian kepada brek yang sangat meyakinkan dan cemerlang. Walaupun membrek dengan keras, roda tidak terasa dikunci serta-merta. Harus tahu bahawa sistem brek itu menjanjikan jarak pemberhentian paling pendek jika dibandingkan dengan model lain sekelas dengannya.
Pendek kata, untuk menghargai Prevé 1.6 manual, kenali dulu karekter enjin, limitasi dan kemampuan sebenarnya. Sebaik sahaja anda faham mengenainya, jentera itu memang boleh membuatkan anda tersenyum. Secara tidak langsung, ia juga seolah-olah boleh mengembalikan nostalgia memandu Proton Wira 1.5 manual.

SUMBER; KOSMO!

TUAH







LEKIR





LEKIU 







KASTURI




JEBAT


Proton Preve Dilancarkan | Pelancaran Proton Preve | Harga Proton Preve | Malam tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Proton Preve, sebuah kereta global pertama Proton di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC).
Proton Preve ditawarkan pada harga RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual, RM62,990 bagi standard eksekutif automatik CVT dan RM72,990 seunit bagi versi premium.
Menurut kata perdana menteri, keupayaan Malaysia untuk mengeluarkan sebuah kereta yang global merupakan suatu mercu tanda kejayaan yang amat penting kepada Proton kerana untuk mencapai tahap piawaian dan standard antarabangsa terbabit, ketelitian dan fokus kepada aspek kualiti perlu diberi keutamaan dan perlu berada pada tahap global.
Demi untuk memastikan Proton dan semua syarikat automatif tempatan dapat bersaing dengan kereta terkemuka dunia, kerajaan menerusi Dasar Automatif Negara (DAN) sudah menggariskan pelbagai insentif bertujuan meningkatkan daya saing industri automatif tempatan bagi jangka panjang.
Malah pelbagai insentif turut disediakan, seperti pakej geran dan dana automatif yang komprehensif serta pelbagai inisiatif lain bagi meningkatkan usahasama strategik dengan rakan dagang utama negara.
Semoga kereta keluaran tempatan mampu mendapat tempat dipasaran global dan yang paling penting menjadi pilihan masyarakat Malaysia.
Tahniah Proton.

Susut nilai Abarth 500 memuaskan


ABARTH 500 sering menjadi idaman pengguna di UK.


SATU kaji selidik yang dijalankan di United Kingdom (UK) berkaitan susut nilai kenderaan mendapati model Abarth 500 adalah antara tiga model yang paling kurang susut nilainya.
Dapatan itu meletakkan Abarth 500 di tempat ketiga selepas Audi Q5 dan Skoda Yeti. Ia mempunyai purata jualan semula mencecah 60 peratus selepas tiga tahun.
Situasi itu membuktikan pelan Abarth untuk mengurangkan susut nilai berjaya. Sejak dilancarkan pada Julai 2008, divisyen prestasi Fiat Group Automobiles itu pantas menjadikannya satu jenama yang mahu dimiliki oleh pengguna. Abarth tidak pernah menawarkan diskaun yang tinggi untuk kenderaannya.
“Kami sentiasa mampu menawarkan kos pemilikan yang berpatutan kepada pengguna. Lagi pun, Abarth 500 ialah model yang malar segar dan menarik. Tidak hairanlah jika ia mendapat tempat dalam kaji selidik ini,” kata Ketua Abarth di UK, Ivan Gibson.
Dikuasakan oleh unit enjin 1.4 liter 16 injap dengan pengecas turbo, Abarth 500 memiliki kuasa maksimum 135 bhp @ 5,500rpm dan tork puncak 206Nm @ 3,000rpm apabila mode Sport diaktifkan. – Newspress

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...